Terbaik der...

      Malam nie aku nak bercerita mengenai seorang rakan aku yang bernama **** .... identiti beliau perlu & harus dirahsiakan bagi mengelakkan timbulnya perkara-perkara yang tidak diingini....aku bukan takut kena saman ke apa...cuma aku tak mahu menimbulkan darjah kepoyoan @ menjadikan dia bertambah belagak sekiranya  dia terbaca entry ini...mana la tau kan..tiba2 dia baca entry ni..tup-tup ade nama dia...mau senyum lebar 7ari 7malam...so. tanpa berfikir panjang..aku akan mnggunakan nama samaran je okey....=)..let me 2 continue~~~~

       Bagi aku la kan...dia ni seorang yang berani...sangat2 berani wa cakap lu...tapi ade jugak time dia saje je nak tunjuk berani...macho katanya..aaahhh...macho konon...xleh bla..seyes aku cakap memang xleh blah..dengan muka belagak, pakaian pun xterurus, cakap lepas, muka nak mintak penyepak..hahaha..perasan macho 2 xyah cakap la.. tapi yang aku paling xleh terima ialah perasan nak jadi artis korea...sesi mengutuk bermula sekarang..hahaha...aku peduli hape..nie blog wa..suka ati wa la kan...muahahaha...

        Walaupun pada luaran dia memang xleh blah & kadang-kadang dah macam orang sewel...tapi pada hakikatnya dia sangat bijak...(untuk **** sila kembangkan idung)....dia lantang bersuara dalam mengajukan pendapat serta kritikan...waahhh..syabas bete..syabas...aku dah tengok bakatnya sebagai pengkritik dah lama...aku rasa pengetua akademik fantasia patut amik mu jadi pengkritik tetap..hahaha...
         
         Bakat sebagai pengkritik telah digunakan sepenuhnya pada malam ini...haaaaa..ni yang aku nak cerita sebenarnya...majlis perwakilan pelajar (MPP) telah menjalankan roadshow bagi memperkenalkan barisan-barisan mpp serta membuat pemantauan di setiap dpp...ini bertujuan untuk mengetahui segala permasalahan yang melanda di jiwa & sanubari kami sebagai siswazah...dalam erti kata lain..mereka datang untuk membantu dalam menyelesaikan masalah serta rasa tidak puas ati + tekanan jiwa + trauma + kekecewaan + kecelaruan emosi kami...pada malam nie la kami dapat melontarkan pendapat serta kritikan dengan bebas tanpa sebarang gangguan...alaa..macam acara melontaR peluru 2...lebih kurang macam 2 la..

        so, member aku yang sorang ni telah menjalankan tugasnya dengan begitu baik apabila mengutarakan beberapa pendapat, luahan serta kritikan...suasana di perkarangan karnival tadi sungguh hangat..lebih hangat daripada biasa..tekanan emosinya serta suaranya yang bergema di setaip pelosok kafe telah menarik perhatian orang ramai...sampai abang kat masakan panas pun bleh lupa nak amik order...sungguh kuat penangan beliau...haa...satu tepukan untuk beliau... luahan serta pendapat yang berunsurkan kritikan yang membina dari beliau itu,lebih menjurus kepada majlis festival filem pelajar ipta/ipts yang baru saja berlangsung baru-baru ini...semuanya mengenai kelemahan yang berlaku sepanjang festival berlangsung...YES!!! that's right...aku sangat2 setuju la dengan pendapatnya kerana kami berada pada situasi tersebut...lontaran demi lontaran di berikan..kalau lontaran biasa xpe la jugak kan... tapi lontaran yang dia kasi bukan lontaran namanya dah sama macam bom..adoiii..sabar woi..sabar...ini bukan hak kita nak bako2 umah orang...haishhhh...

        Setelah selesai membahaskan isu yang cukup hangat itu tadi...dia didatangi oleh beberapa wakil mpp yang lain untuk berkenal-kenalan...adoii..bujet artis la plak mamat ni...mpp siap mintak num fon...bincang face 2 face..bincang punya bincang..aku pon turut serta dalam perbincangan 2...saja nak menyibukkan diri...ahahaha...aahhh..sudah2..cukup zety..cukup...nanti xpasal2 aku kena saman...kena saman sape nak bayor??? okey2..ni last..aku cuma harap luahan member aku tadi dapat menyedarkan beberapa pihak...sedar dari lamunan....=))...

 
gambar hiasan..xde kena mengena ngan entry..hehehe


No comments: